TANDA TANDA BUASIR DAN MEREKA YANG BERISIKO UNTUK MENGHIDAPINYA
Pernah tak anda mengalami sembelit yang teruk sehingga memaksa anda meneran dengan kuat? Tahu tak jika hal ini berlaku secara berterusan, anda mungkin akan mengalami masalah BUASIR ! Sebenarnya, apakah tanda dan siapakah yang lebih berisiko untuk menghadapi masalah ini? Secara ringkasnya, buasir atau hemoroid adalah pembengkakan pada vena yang terletak di bahagian rektum dan dubur. Apabila vena ini membonjol keluar ia mengganggu dan menyebabkan membran di sekitarnya membengkak, terasa sakit, perit, gatal dan berdarah. Buasir ini juga terbahagi kepada 2 jenis iaitu Buasir Dalaman dan Buasir Luaran . Kedua dua masalah ini sangat berbeza. TANDA TANDA BUASIR YANG DITAKUTI Buasir ini boleh diketahui dengan pelabagai cara dan tanda yang perlu anda ketahui. Jika anda mengalami masalah seperti ini, anda perlulah berjumpa dengan doktor terlebih dahulu. Antara tanda tanda anda telah menghidapi buasir adalah seperti berikut : 1) Mengalami masalah gumpulan lembut dan bo