Cara Untuk Atasi Masalah Hypertiroid dan Berat Badan Dengan Cepat dan Berkesan

Masa pertama kali tahu wife ada masalah tiroid, saya memang rasa tak senang nak duduk. Risau tu hanya tuhan saja yang tahu. Time tu hanya mampu fikir untuk sembuhkan tiroid tu dengan apa cara sekali pun. 
.

Alhamdulillah, saya buat pilihan bijak dengan Shaklee. Baca kisah wife saya hadapi tiroid dan kesan pada dirinya yang terlalu teruk akhirnya kembali sihat. 
.

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Saya Mohamad Isa Bin Shafii merupakan seorang suami kepada seorang isteri yang comel dan baru mendapat cahaya mata pertama pada bulan September 2016. Saya mula kenal Shaklee pada awal tahun 2016 untuk ikhtiar hamil. Alhamdulillah sebulan selepas ikhtiar saya dikurniakan zuriat. Selepas itu terus amalkan fullset berpantang Shaklee semasa wife bersalin dan terus menjadi sebahagian dari ahli Shaklee. 
.

Berat Badan Turun Mendadak! 


Mula dari situ saya yakin dengan Shaklee dan akan terus berkongsi kebaikan yang ada pada Shaklee untuk orang ramai. Bagi saya,  Sihat itu nikmat yang tak ternilai dari Allah. Duit boleh dicari tapi sihat tak boleh dicari di pasar malam. Oleh itu, kali ni saya nak kongsikan pengalaman sebenar saya dan isteri semasa amalkan suplimen Shaklee dan ini dan sembuh dari tiroid .
.

Pada 4 bulan lepas, masa anak saya Harraz dah berumur 7 bulan. Saya seperti biasa akan membawanya ke klinik untuk check up. Selepas settle semua hal Harraz. Saya minta wife cekkan berat badannya. 
.

Sangat terkejut bila beratnya sangat turun dengan mendadak sampai masa tu dah jadi 30kg beratnya. Allahu, sungguh kurus! Sebelum tu hampir 40kg.
.

Menggigil dan Pengsan Secara Tiba Tiba


Masa tu saya tak peduli sangat pasal berat badan sebab time tu Harraz memang menyusu dada sepenuhnya. Lagi pun memandangkan wife saya seorang yang kecik molek comel cute gitu dan masa tu juga wife amalkan pil perancang keluarga. Mungkin sebab tu kot wife saya jadi kurus. Jadi saya acuh tak acuh tentang penurunan berat. 
.

Lama selepas tu, wife dah mula jadi selalu menggigil dan berdebar dengan kuat bila lewat makan. Tekanan darah memang cepat naik. Jantung pula pam terlalu laju. Time tu memang risau sangat sangat. 
.

Suplimen Shaklee Membantu Menstabilkan Hormon Tiroid


Dan ada satu masa wife saya tiba tiba pengsan dan terus di bawa ke klinik bahagian kecemasan untuk pemeriksaan. Selepas siap pemeriksaan barulah saya tahu yang wife dah hidap TIROID. Tiroid ni ada 2 jenis, wife saya kena yang HYPERTIROID. Hypertiroid ni masalah hormon yang berlebihan dan terlalu aktif.
.

Lepas je dapat tahu, terus google dan tanya kawan kawan macam mana nak stabilkan hormon untuk kembali normal tiroid tu.Semua cadangkan untuk amalkan Set Hypertiroid Shaklee. Dan saya terus belikan suplimen Shaklee iaitu Vivix, Esp, B complex, Ostematrix dan Vitamin C. Wife amalkan set ni sehingga sebulan dan pada masa yang sama ubat tiroid yang dibekalkan oleh klinik juga di amalkan. 
.

Selepas sebulan wife datang ke klinik untuk pemeriksaan susulan lagi dan alhamdulillah hormon tiroid kembali normal. Syukur sangat time tu tapi bengkak goiter pada leher masih tak surut. Ah sudah, saya pulak yang gelabah. 
.

Saya terus tanya kawan yang lain dan mereka cadangkan tambah Omega Guard untuk mengurangkan bengkak goiter dan keradangan yang berlaku pada tiroid tu. 
.

Dan check up bulan ke 2 pun masih dapat result yang sama, hormon sudah tak ada masalah cuma bengkak masih lagi tak surut dan berat wife juga makin menurun dah jadi 28kg. Disebabkan hormon tiroid dah kembali normal, dos untuk tiroid juga dikurangkan. 



Haa sudah, makin risau pula saya. Buntu pula saya dibuatnya. Time tu terus saya teringat pada seorang sideline dan juga doktor. Terus saya hubungi dia dan tanya cara untuk hilangkan bengkak goister tu. Pada masa tu saya ada inform dia yang wife ada ambil pil perancang untuk elak dari pregnant sebab risau bila pregnant akan menjejaskan baby dalam kandungan pula. Bila dia tahu yang wife ada ambil pil perancang terus dia suruh STOP! sebab sebenarnya pil tu yang telah ganggu hormon tiroid. 
.

Masa tu jugaklah saya sorokkan pil tu dan tak bagi wife makan lagi. Pada masa tu juga saya belikan GLA untuk wife supaya hormonnya kembali stabil. So wife amalkan fullset hypertiroid Shaklee ni. 
.

Dalam masa sebulan wife amalkan set ni serta tak pernah skip ubat klinik dan juga tanpa pil perancang. Alhamdulillah berat wife naik semula sebanyak 5KG dan bengkak terus hilang! Syukur sangat sangat. Sekarang pun berat semakin naik. Makan pula semakin selera. Tekanan darah dah normal dan rasa berdebar dan menggigil juga semakin hilang! Time raya haritu cek lagi beratnya, naik lagi 2KG. 😁
.

Saya bersyukur sangat bila melihat wife semakin sihat. Pipi pun dah semakin bambam hehehe. Harap dapat terus naik beratnya sampai bmi yang normal. Aminn. 
.

So,  ini lah #shakleeeffect dari wife saya. Jangan lupa amalkan Suplimen Shaklee untuk lebih sihat . Yakin dengan Shaklee yang sentiasa SELAMAT, BERKESAN DAN SEMULAJADI. Terima Kasih 😉

Comments

Popular posts from this blog

6 Jenis Makanan Untuk Mengurangkan Sakit Gastrik

8 Tanda Kencing Manis dan Cara Pencegahan Dengan Berkesan

Petua Merawat Tibi Dengan Cepat dan Berkesan