Posts

Showing posts from December, 2018

BERJAYA HAMIL DAN TURUNKAN BERAT BADAN DENGAN SET KESUBURAN SHAKLEE

Image
Kisah saya dengan shaklee bermula dari tahun 2013 lagi.. Tapi set yang sangat terkesan pada saya ialah set ikhtiar hamil yang saya ambil selepas saya bernikah. . Kisahnya bermula bila lebih dari 48 hari selepas nikah saya tak period. Mulanya dah gembira kononnya hamil. Tapi bila buat ujian kehamilan keputusannya negatif..Lebih dari 10 ujian saya cuba.Dari murah hingga lah mahal..Pertama kalikan teruja lebih. . Selepas mendapat pandangan dari rakan sekerja, mereka cadangkan saya cuba buat pemeriksaan doktor pakar sakit puan.Beberapa ujian di jalankan antaranya ujian ultrasound dan ujian darah. . Hasil daripada kedua-duanya mengesahkan saya mendalami Polysistic ovarian cyst (pcos) dimana punca utama daripada berat badan yang meningkat secara tiba-tiba yang mengganggu hormon di dalam badan. . Lebih hormon  luteinising (LH) dihasilkan berbanding hormon perangsang folikel (FSH), yang menyebabkan folikel-folikel pada ovari menghasilkan lebih banyak hormon testosteron (hormon lela

ANAK SEMAKIN SIHAT. TIADA LAGI SELESEMA JAHAT PENYEBAB HIDUNG DAN LENDIR BERDARAH

Image
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatu dan salam sejahtera. . Saya Sabariah binti Basri, berumur 36 tahun, telah berkahwin dan mempunyai 2 orang anak lelaki. Seorang berumur 10 tahun dan seorang lagi 2 tahun 9 bulan. . Saya ingin kongsikan kisah anak kedua saya,  Adam. Selepas habis berpantang dan masuk kerja saya hantar Adam ke taska. Dalam usia 4 bulan ketika itu, Adam mudah dijangkiti batuk selesema, lebih-lebih lagi  taska di bawah Kementerian tempat saya bekerja 100% menggunakan penghawa dingin. . Dalam sebulan memang payah nak tengok hidung Adam kering. Sentiasa berhingus.. Batuk dan selesema berpisah tiada. Sebelum ini saya pernah kejarkan Adam ke hospital seawal pukul 2 pagi disebabkan batuk berpanjangan sehingga sukar untuk bernafas. Setiap kali itulah Adam kena ambil nebulizer. Bergema segenap ruang hospital dengan suara Adam yang meraung sebab tak nak pakai topeng pelik dengan bunyi yang menakutkan itu. . Ketika berusia setahun, saya perasan hidung Adam selalu