ANAK SEMAKIN SIHAT. TIADA LAGI SELESEMA JAHAT PENYEBAB HIDUNG DAN LENDIR BERDARAH
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatu dan salam sejahtera.
.
Saya Sabariah binti Basri, berumur 36 tahun, telah berkahwin dan mempunyai 2 orang anak lelaki. Seorang berumur 10 tahun dan seorang lagi 2 tahun 9 bulan.
.
Saya ingin kongsikan kisah anak kedua saya, Adam. Selepas habis berpantang dan masuk kerja saya hantar Adam ke taska. Dalam usia 4 bulan ketika itu, Adam mudah dijangkiti batuk selesema, lebih-lebih lagi taska di bawah Kementerian tempat saya bekerja 100% menggunakan penghawa dingin.
.
Dalam sebulan memang payah nak tengok hidung Adam kering. Sentiasa berhingus.. Batuk dan selesema berpisah tiada. Sebelum ini saya pernah kejarkan Adam ke hospital seawal pukul 2 pagi disebabkan batuk berpanjangan sehingga sukar untuk bernafas. Setiap kali itulah Adam kena ambil nebulizer. Bergema segenap ruang hospital dengan suara Adam yang meraung sebab tak nak pakai topeng pelik dengan bunyi yang menakutkan itu.
.
Ketika berusia setahun, saya perasan hidung Adam selalu berdarah. Kadang kala darah keluar dari hidung pada waktu malam ketika sedang tidur lena. Saya hanya perasan darah kering di pipi Adam dan cadar penuh dengan darah pada sebelah pagi. Pernah darah keluar banyak dan terdapat ketulan darah yang membimbangkan saya. Perkara ini berlarutan sehingga umur Adam 2 tahun 7 bulan.
.
Setiap kali pergi pemeriksaan bulanan di klinik kesihatan, saya beritahu masalah hidung berdarah kepada doktor. Doktor maklumkan bahawa perkara tersebut biasa berlaku apabila anak-anak selesema dan ketika suhu badan panas.
.
Pertengahan tahun 2017, Adam telah dimasukkan ke dalam wad di hospital disebabkan batuk selesema yang berpanjangan. Doktor mengesahkan Adam mengalami jangkitan kuman dalam paru-paru. Allah.., betapa sedihnya saya ketika itu. Anak sekecil Adam terpaksa duduk dalam wad, menahan sakit jarum suntikan dan setiap kali perlu ambil darah.. Hanya Allah yang tahu perasaan saya setiap kali mendengar Adam meronta-ronta minta dilepaskan. 5 hari berkampung di hospital dan akhirnya Adam dibenarkan untuk pulang.
.
Doktor memberi temujanji untuk berjumpa pakar ENT di hospital berikutan masalah hidung Adam yang kerap berdarah. Pada hari temujanji, doktor pakar mengesahkan tiada apa-apa yang serius pada Adam. Alhamdulillah. Saya bersyukur. Namun dalam hati bertekad untuk mencari alternatif lain untuk mencegah masalah batuk, selesema punca hidung Adam selalu berdarah daripada berulang.
.
2 bulan lepas setelah sekian lama saya menyepi daripada team Shaklee, Alhamdulillah.. Allah gerakkan hati saya untuk aktif semula bersama team OMS. Saya kembali dengan semangat baru dan berazam untuk maju dalam kerjaya SID saya.
Melalui kelas dan bimbingan yang saya perolehi daripada mentor-mentor group OMS, saya mencuba berikhtiar dengan Omega Guard Shaklee. Untuk kanak-kanak sekecil Adam yang tidak boleh menelan kapsul vitamin, saya pecahkan sebiji Omega dan masukkan dalam bancuhan susu Adam dan bagi Adam minum setiap malam sebelum tidur.
.
Dan hasilnya.., Alhamdulillah segala puji bagi Allah yang menemukan penyelesaian untuk segala ikhtiar saya selama ini. Hidung Adam dah tak berdarah lagi. Selesema yang menjadi rakan baik Adam sebelum ini dah pergi jauh-jauh. Batuk juga semakin berkurang. Tiada lagi insiden baju dan kusyen kereta kotor dengan muntah akibat batuk berpanjangan. Adam semakin ceria, membesar dengan sihat dan aktif.
.
Semoga Adam sentiasa sihat walafiat dan bebas dari batuk, kahak dan selesema penyebab hidung berdarah. Alhamdulillah, syukur sebab saya dipertemukan dengan Omega Guard.
.
Saya juga bersyukur kerana bukan setakat Adam semakin sihat, malah saya juga dapat menjana pendapatan dengan Shaklee. Alhamdulillah..

Comments
Post a Comment