Parut ChickenPox Hilang dan Kulit Menjadi Mulus
Assalammualaikum, izinkan lenda berkongsi pengalaman dijangkiti chickenpox. Sangat berbeza jika kita dijangkiti chickenpox ketika dewasa dan kanak-kanak. . Masa itu lenda Ingat lagi bulan puasa, lenda balik ke rumah ibu mertua untuk menyambut Ramadhan. Memang menjadi kebiasaan setiap kali menyambut puasa kami sekeluarga akan pulang ke kampung. . Semasa bangun sahur, ketika lenda hendak sikat rambut rasa seperti ada gelembung air di belakang telinga. Mulanya cuma ingat gelembung biasa. Lepas itu terperasan ada gelembung di bahagian tangan , terus terfikir 'aku terkena kudis buta ke??' . Kemuncaknya, apabila lenda buat kerja rumah. Bila badan berpeluh makin naik gelembung air timbul di bahagian badan dan muka. Badan pula mula rase sakit-sakit, kepala mula rasa berdenyut. Dah nak masuk waktu asar, lenda terus lemah tidak boleh hendak bangun. Masa itu badan mengigil kesejukan. . Mula muntah-muntah, ibu mertua lenda yang perasan berkemungkinan besar lenda terkena chicken