Apa itu Diabetes atau Kencing Manis dan Golongan Penghidapnya?!

Penyakit kencing manis atau dikenali sebagai Diabetes Melitus merupakan sejenis penyakit yang disifatkan sebagai keadaan di mana ketinggian kandungan glukosa dalam darah atau dikenali sebagai hiperglisemia. 



Untuk pengetahuan semua, Malaysia merupakan Penghidap Kencing Manis tertinggi di Asia Tenggara dengan merekodkan seramai 3.6 juta dan sekali gus menjadikan No 10 tertinggi di dunia. 

Golongan Diabetes :


Secara umumnya, penyakit kencing manis dapat digolongkan sebagai:



1) Diabetis jenis pertama (I)

✔Dikenali sebagai IDDM - Insulin Dependant Diabetes Mellitus atau diabetes di awal remaja
✔Ia dicirikan dengan kegagalan penghasilan insulin oleh kelenjar pancreas
✔Kebiasaannya, ia mula dikesan di peringkat kanak kanak atau remaja
✔Pesakit memerlukan suntikan insulin dari luar untuk pengawalan tahap glukosa dalam darah. 

2) Dibetes Jenis Kedua (II) 

✔Disebabkan oleh kerintangan insulin (penurunan sensitiviti tisu badan terhadap insulin) atau penghasilan insulin yang berkurangan
✔Oleh kerana masih mempunyai sedikit sebanyak insulin dari pankreas, boleh dikawal secara pemantauan pangambilan makanan, pengurangan berat badan, bersenam, dan pengambilan ubat secara makan/suapan ( suntikan insulin diperlukan dalam keadaan tertentu sekiranya pengambilan ubat secara makan kurang berkesan atau memberi kesan samping serius kepada pesakit).

3) Diabetes Gestasi



✔Merupakan diabetes yang dialami oleh wanita ketika kehamilan. 
✔Ia juga seperti diabetes jenis kedua disebabkan ketika kehamilan, insulin yang diperlukan oleh wanita hamil adalah lebih untuk keperluan bayinya. 
✔Jika badan tidak mampu untuk menghasilkan insulin tambahan untuk keperluan anak dalam kandungan maka ibu akan mengalami paras gula dalam darah yang tinggi.

Comments

Popular posts from this blog

6 Jenis Makanan Untuk Mengurangkan Sakit Gastrik

8 Tanda Kencing Manis dan Cara Pencegahan Dengan Berkesan

Petua Merawat Tibi Dengan Cepat dan Berkesan