Shaklee Convention 2017 Cukup Memberi Kesan dan Semangat Kepada Saya!

Sementara semangat masih lagi berkobar kobar bagai api yang membara ni.  Abe is nak kongsikan pengalaman semasa sertai Shaklee Convention pada 29hb April baru baru ni. 

Sangat teruja dan penuh semangat masa join tu. Abe is sanggup datang jauh dari Kelantan, drive sendiri bawa anak bini selama 6-7 jam weh. Penat jugaklah. Tapi tetap berbaloi! Sory agak panjang sikit. Mohon sediakan keropok lekor ye Hehe


Tempat Shaklee Convention ni di Sunway Resort Hotel Grand Lagoon Ballroom Level 15. Jenuh jugak mencari tempat ni. Masa daftar agak kelam kabut jugaklah sebab tak kenal orang. Geng OMS pun tak jumpa lagi time tu. 



Sebelum masuk dewan sempat jugaklah geng Ireach bergambar beramai. Nasib baik lah abe is sempat bergambar. Kalau tak menangis lah tepi katil.  Huhu. 

Ireach Family

Jam 2.30pm program dah start dengan kucky draw dan terus dengan penyampaian award pada ahli Shaklee yang layak. Ada yang dapat Car Bonus. Syokkk weh! 

Lepas tu, Master Fahmy & Master Adilah dapat award sebab dorang dah capai rank Master on February lepas. Tahniah! 

Banyak juga perkongsian menarik daripada mereka. Cerita disebalik kejayaan mereka ni. Apa yang abe is dapat simpulkan adalah teruskan dengan 3S+S iaitu Sharing, Sponsoring dan Servicing + Solat (Doa). 3S sangat penting untuk berjaya. Kalau kita tak buat macam mana orang nak kenal dan sebarkan kebaikan Shaklee. Betul tak? 

Dan part yang paling best, semua orang tengah tunggu tunggu adalah time perkongsian yang disampaikan oleh Master Zainul & Master Lyna Noh iaitu Founder of Ireach Group ! Abe is sanggup tunggu sampai habis , tak gerak mana mana pun. Nak ke tandas pun terpaksa tahan. Rugi lah kalau terlepas ni. 

Master Zainul & Master Lyna

Begitu dengan mereka, cerita dalam kejayaan mereka juga penuh dengan liku liku tapi abe is sangat kagum dengan mereka sebab dorang tahu macam mana nak terus kuat dan harungi setiap liku liku dugaan itu. 

Part yang paling abe is terkesan sampai meleleh air mata dan abe is percaya juga satu dewan menangis bila Matser Lyna cerita pasal anaknya yang kehilangan sebelah kakinya. 



Disitu lah bermulanya kekuatan mereka yang tak pernah turun dan lemah. Mereka ada push factor yang sangat kuat untuk berjaya. Mereka set target salah seorang dari mereka harus berhenti kerja sebelum anaknya melangkah ke alam persekolahan. 

Mereka nak fokus dan beri 100% tumpuan pada anaknya supaya tidak terasa asing dan down dengan apa yang ada. Alhamdulillah mereka berjaya naik Rank Master sebelum anaknya bersekolah. 
(Menulis dengan meremang bulu tengkok) 


Cerita mereka sangat memberi kesan pada abe is. Masa tu dorang pun masih bekerja sebagai Engineer. Kadang abe is terfikir juga,  macam mana dorang boleh aturkan masa bisnes dan kerja sedangkan kerja Engineer ni tersangat sibuk? 

Kita sama sama kerja tapi masih mencipta alasan yang basi dan lapuk. Mencipta pelbagai alasan untuk terus kebelakang sedangkan orang lain menjadikan cabaran hidup itu sebagai peluang untuk cipta kejayaan. Kenapa mereka boleh? Aku juga boleh! 


Apa yang mereka selalu pesan, buat lah bisnes untuk masa depan. Fikirkan tentang BIG WHY dan PUSH FACTOR yang menjadikan kita terus bangkit mengejar impian. Leader abe is juga berpesan benda yang sama. Apa yang mereka selalu pesan itu sangat betul. 

Sampai sekarang abe is selalu mengajak kawan kawan abe is untuk bersama abe is dalam Shaklee. Shaklee telah menyediakan satu flatform untuk kita mencari side income yang sangat luar biasa. 

Jadi kepada semua sahabat , abe is mengajak korang untuk sama sama dengan abe is dan Shaklee team untuk mencari side income atau income tetap korang.  Membantu orang ramai untuk bebas dari hutang piutang dan hidup lebih sihat. 

Kalau korang berminat untuk bersama kami. Boleh terus hubungi abe is di sini

Whatsapp/sms/call : 0195583692
Facebook : Mohamad Isa Shafii
Instagram : @abeisshaklee

Abe is belanja beberapa gambar kenangan semasa Shaklee Convention baru baru ni 😊






Zizan

Comments

  1. InsyaAllah kejayaan akan menyusul Isa nanti.

    ReplyDelete
  2. Tahniah Isa berjaya hadir ke majlis gilang gemilang Shaklee. InsyaAllah tak mustahil tahun dpn giliran Isa naik stage

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aminn. sangat membakar semangat masa join SC haritu. Masih lagi terasa aura ni hehe

      Delete
  3. Jom abe is n wife kita naik stage tahun depan ! Insyaallah amin

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Petua Merawat Tibi Dengan Cepat dan Berkesan

6 Jenis Makanan Untuk Mengurangkan Sakit Gastrik

8 Tanda Kencing Manis dan Cara Pencegahan Dengan Berkesan