ULSER MULUT SEMBUH DENGAN CEPAT HASIL KONSISTEN AMALKAN VITAMIN SHAKLEE


Pernah tak anda mengalami ulser? Bagi sesetengah orang yang semtiasa mengalami ulser, ia datang dengan kerap dan kesakitan yang tak terhingga. Oleh itu, bagaimana untuk mengatasi masalah ulser ini?

Sebelum itu, perlu anda ketahui punca sebenarnya ulser. Ulser terjadi disebabkan pelbagai faktor antaranya ialah :

1) Kesilapan apabila memberus gigi, dan menyebabkan luka dalam rongga mulut

2) Kecederaan di mulut akibat tergigit atau terkena benda tajam seperti tulang

3) Cuaca panas dan kurang minum air

4) Kekurangan zat makanan seperti Vitamin B12, Zat Besi dan asid folik

5) Kesan radioterapi dan juga kimioterapi

6) Alergik atau alahan

7) Stress / tekanan

8) Jangkitan virus atau bakteria

9) Perubahan hormon dalam badan

Kali ini saya bawakan perkongsian dari seorang pengguna setia Shaklee dari 2013 yang kini tiada lagi ganggu ukser yang sudah sekian lama menghantui hidupnya.

ULSER MENYERANG HAMPIR SETIAP BULAN?


Assalamualaikum w.b.t

Apa khabr semua? Nama saya Nor Silawati binti Ngah. Saya lebih dikenali sebagai Cik Laa dikalangan rakan-rakan FB terutama rakan-rakan SID.
.

Untuk kali ini, Cik Laa ingin berkongsi #shakleeeffect Cik Laa sejak mengamalkan vitamin Shaklee iaitu ESP, VITAMIN C, B-COMPLEX & ZINC COMPLEX.
.

Cik Laa mempunyai berat badan di bawah BMI yg sepatutnya iaitu under weight. Dengan ketinggian 154cm, berat badan Cik Laa hanyalah 41kg ke 43kg. Masalah biasa bagi orang yang kurang berat badan ni ialah selalu mengalami ulser mulut atau dikenali sebagai mata ikan.
.

Beberapa tahun dahulu, ulser mulut merupakan sesuatu yang mengganggu hidup Cik Laa. Kenapa mengganggu? kerana Cik Laa akan terkena ulser mulut hampir setiap bulan. Sejak dari sekolah rendah, memang sentiasa ada ulser di bibir, di gusi dan paling sakit di anak tekak atau lelangit.
.

PUNCA ULSER MULUT 


Sekali terkena, dua atau tiga biji. Paling sakit bila dia tercantum dan jadi satu luka yang sangat besar. Kadang kala tidak boleh makan, sukar bercakap dan membawa kepada sakit gigi dan sakit kepala. Tempoh masa untuk baik mengambil masa dua ke tiga minggu. Pernah sampai Cik Laa ke klinik sebab tidak tahan sakit ulser tersebut. Ubat titik Oral Aid Lotion beli kat farmasi adalah teman baik Cik Laa.
.

Hasil daripada pembacaan Cik Laa, ulser ni terjadi atas beberapa faktor. Antaranya ialah sistem imunisasi yang abnormal ataupun rendah, kekurangan zat besi, mewarisi daripada ibu bapa, stress, kurang nutrisi seperti asid folik, vitamin B6, vitamin B12 dan zat besi, serta masalah haid dan perubahan hormon yang mendadak.
.

Apa yang Cik Laa perasan, mungkin sebab sistem imun yang rendah, kekurangan zat besi, kurang nutrisi, stress serta masalah hormon adalah penyebab kepada masalah ulser mulut Cik Laa ni. Sebab Cik Laa memang ada resdung, eczema dan masalah period yang tidak teratur.
.

MAK TEGUR ULSER SUDAH SEMBUH


Pada bulan Ogos 2013, Cik Laa mula mengamalkan Shaklee iaitu Set Resdung. Alhamdulillah, resdung Cik Laa semakin baik dan tidak mengganggu Cik Laa lagi dan Cik Laa perasan, sejak Cik Laa mengamalkan ESP, VITAMIN C, B-COMPLEX & ZINC, Cik Laa sudah jarang terkena ulser mulut.


Yang mula-mula menegur Cik Laa adalah emak. Emak cakap emak dah tak dengar Cik Laa mengadu pasal ulser mulut. Kalau dulu Cik Laa akan mengadu sakit mulut, pastu bila terkena ulser Cik Laa jadi sedikit pendiam, sebab sakit bila nak bercakap. Makan pon jadi kurang selera.
.

Bila mak tegur, Cik Laa pon baru perasan dan rasa sangat bersyukur. Bila di ingat balik, mungkin asbab konsisten 4 vitamin itulah menjadikan Cik Laa tidak lagi diganggu masalah ulser mulut dan Cik Laa perasan, jika terjadi lagi ulser tu, dalam masa tiga ke lima hari, ulser akan baik sndiri. Tidak seperti sebelum ini dalam dua minggu ke tiga minggu baru baik. Alhamdulillah...
.

SUPLIMEN SHAKLEE MEMBANTU MENYEMBUHKAN ULSER


Bagaimana vitamin-vitamin ini membantu Cik Laa mengatasi masalah ulser mulut? Seperti yang Cik Laa beritahu tadi, ulser mulut terjadi di sebabkan beberapa faktor. Apabila konsisten vitamin-vitamin tersebut, faktor yang menyumbang kepada ulser mulut dapat dielakkan.
.

1) Sebagai contoh ESP iaitu protein daripada soya non GMO dapat membantu pembentukan sel baru. Ia akan mempercepatkan penyembuhan luka ulser pada bibir Cik Laa. Selain itu, Zinc juga sangat membantu dalam penyembuhan luka tapi sekakarang Zinc takde stok. Boleh ganti dengan Vitalea kerana dalam Vitalea jugak ada kandungan zinc.


2) VITAMIN C pula dapat membantu meningkatkan sistem imunisasi. Apabila sistem imunisasi badan Cik Laa kuat, ia dapat menghalang daripada berlakunya ulser mulut.
.

3) B COMPLEX pula membantu mencukupkan nutrisi di dalam badan Cik Laa kerana B-Complex mengandungi 8 jenis vitamin B dan asid folik. Bila badan kita cukup nutrisi, masalah ulser mulut dapat diatasi. Selain itu, B-Complex juga bagus dalam membantu menstabilkan hormon dan mengatasi masalah stress.
.

Alhamdulillah, Cik Laa sangat bersyukur kerana hasil konsisten vitamin-vitamin Shaklee, Cik Laa dapat mengatasi masalah yang mengganggu hidup Cik Laa selama ini. Walau nampak ulser mulut tu sesuatu yang kecil, tetapi ia sangat mempengaruhi emosi dan aktiviti seharian kita.
.

Kepada mereka di luar sana yang mempunyai masalah seperti Cik Laa, Cik Laa sangat mengesyorkan pengambilan vitamin-vitamin Shaklee sebagai makanan tambahan pelengkap nutrisi tubuh badan kita kerana ia adalah selamat, semulajadi dan sangat berkesan. In Syaa Allah, kita tidak akan menyesal dengan Shaklee Effect yang kita dapat nanti.

Jom kita sama-sama tingkatkan kualiti kesihatan kita agar kualiti hidup kita jugak meningkat. Amin.. Alhamdulillah. Ini Shaklee Effect Cik Laa. Terima kasih Allah dan terima kasih Shaklee.

BAGAIMANA UNTUK DAPATKAN SUPLIMEN INI?




Jika anda ingin dapatkan suplimen ini, anda boleh terus hubungi saya seperti dibawah

Whatsapp/sms/call : 0195583692
Facebook : Mohamad Isa Shafii

Instagram : @abeis_shakleeguamusang

Saya juga akan melakukan COD di sekitar Gua Musang dan akan poslaju secepat mungkin keseluruh Kelantan dan Malaysia. 

Sekian Terima Kasih. Semoga anda terus kekal sihat . Jangan lupa, gaya hidup juga amat penting untuk memastikan kita terus kekal sihat

Disclaimer : These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. This product is not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

Petua Merawat Tibi Dengan Cepat dan Berkesan

6 Jenis Makanan Untuk Mengurangkan Sakit Gastrik

8 Tanda Kencing Manis dan Cara Pencegahan Dengan Berkesan