HOBI HILANGKAN STRESS

[ HOBI HILANGKAN STRES ]

Apa hobi korang ye? Abe is sejak kerja dah tak tahu apa dah hobi sebenar. Hobi ni apa yang kita selalu dan minat untuk lakukan aktiviti. Dengan kata lain untuk isi masa lapang .

Selalu nya abe is main futsal jelah seminggu sekali. Kadang tu jogging lepas balik kerja tu pun main skip2 je, balik kerja lewat memang duk rumah jelah.

Tapi tang futsal tu balik lewat pun pergi lagi main malam2 pun. Haritu balik rumah mak, malam tu ada futsal. Pecut lah balik . Sampai pun dah pukul 11 malam. Sempat lagi pakai kasut main lah 2 3 game. Kesian anak bini tunggu kat luar court 😂

Itulah bila kita dah minat sangat. Main pun bukan selalu sangat. Seminggu atau 2 minggu sekali. Time tu jugaklah nak keluarkan peluh. Perut pun dah makin kedepan ni. Hadoii...

Dan bestnya boleh hilangkan stress. Bila dah rembat bola ni. Fuss hilang stress uhh. 😁

Apa pun hobi kita,yang penting ia memberi manfaat pada diri sendiri dan juga orang lain.

Jom share hobi korang pula. HOBJ

Comments

Popular posts from this blog

Petua Merawat Tibi Dengan Cepat dan Berkesan

6 Jenis Makanan Untuk Mengurangkan Sakit Gastrik

8 Tanda Kencing Manis dan Cara Pencegahan Dengan Berkesan