Apa Itu Darah Tinggi Dan Kesannya

Assalamualaikum. Pagi ni Abe Is nak ceritakan sikit pasal Penyakit Darah Tinggi.



Kajian telah menunjukkan sebanyak 4.8 juta daripada keseluruhan jumlah penduduk di Malaysia menghidapi penyakit darah tinggi dan 2 per 3 tidak menyedari yang mereka sedang menghadapi penyakit ini. 

Apa itu penyakit darah tinggi ?


Pernah tak korang test tekanan darah tinggi? Mesti tahu kan bacaan dia. Jika bacaan dah melebihi 140/90 dan berterusan meningkat naik, anda dinasihatkan mendapatkan rawatan dengan segera sebab anda dah menghidap penyakit tersebut.


Seseorang itu diklasifikasikan sebagai penghidap darah tinggi setelah ujian ulangan dilakukan beberapa kali. Bagaimanapun, seseorang tidak dikategorikan sebagai penghidap darah tinggi jika bacaan tekanan darah yang melebihi paras biasa hanya sekali

Bagaimana mana Darah Tinggi berlaku?

Ia berlaku apabila arteri-arteri atau dinding cabang pembuluh darah halus menjadi keras dan menyukarkan darah melaluinya dan menyebabkan pemecahan plak berlaku. Apabila pemecahan plak berlaku, serangan sakit jantung atau strok akan terjadi. 
 

Mengelakkan daripada mengambil makanan berkolesterol tinggi mungkin boleh mengurangkan pembentukan plak baru, tetapi ia tidak boleh menghilangkan plak-plak yang telah terbentuk. 
Kesannya, tekanan darah meningkat dan menyebabkan jantung terpaksa bekerja lebih kuat. 

JANGAN tunggu sampai saluran sudah sempit baru bertindak. Operasi pembedahan seperti Balloon dan By-Pass cuma merupakan rawatan kecemasan yang sementara. Plak-plak baru akan terbentuk dan anda tidak tahu bila serangan seterusnya akan berlaku. Bukan setiap kali pun begitu nasib baik

Kesan Dari Penyakit Tekanan Darah Tinggi



1) Strok / Otak

Tekanan darah yang amat tinggi boleh menyebabkan kebocoran pada salur darah yang lemah dan kemudiannya mengalir ke otak. Ini boleh mengakibatkan strok. Sekiranya salah satu arteri kecil tersumbat oleh darah beku, strok boleh juga terjadi.

2) Mata

Penglihatan akan kabur dan mungkin akan mengakibatkan buta kerana saluran darah di mata pecah atau berdarah.

3) Buah pinggang

Buah pinggang bertindak sebagai penapis yang menyingkirkan bahan-bahan kumuhan badan. Tekanan darah tinggi lama-kelamaan boleh menyempitkan salur darah melalui penebalan dinding saluran darah pada buah pinggang. Proses penapisan oleh buah pinggang terjejas di mana kurang bendalir ditapis, seterusnya menyebabkan bahan kumuhan terkumpul di dalam darah. Buah pinggang mungkin gagal sepenuhnya. Apabila ini berlaku, rawatan perubatan sama ada dialisis atau pemindahan buah pinggang mungkin diperlukan.


4) Serangan Jantung

Arteri berperanan membawa darah beroksigen ke otot jantung. Sekiranya jantung tidak mendapat cukup oksigen, sakit dada atau lebih dikenali sebagai angina boleh berlaku. Jika aliran udara tersekat, serangan jantung terjadi dan jantung gagal mengepam darah yang secukupnya bagi keperluan tubuh badan.

Comments

Popular posts from this blog

Petua Merawat Tibi Dengan Cepat dan Berkesan

6 Jenis Makanan Untuk Mengurangkan Sakit Gastrik

8 Tanda Kencing Manis dan Cara Pencegahan Dengan Berkesan