Adakah Produk Shaklee Halal? Siapa Yang Iktiraf?

Assalamualaikum dan salam ceria sahabat abe is. Sihat tak ni? 

Ok pada hari ni abe is nak kongsikan sikit tentang pensijilan halal Shaklee. Banyak juga persoalan yang timbul bila melibatkan produk dari luar negara ni. 




Eh,  shaklee ada sijil halal ke? Shaklee kan produk US,  macam mana JAKIM nak luluskan produk US? Eee, produk luar negara sangat tak yakin, entah entah tak halal! 

Begitu lah senario yang selalu terjadi bila berhadapan dengan customer.  Pelbagai soalan timbul. Abe is juga akui tentang ni,  biasalah kita sebagai umat Islam sangat menitikberatkan perihal HALAL dan HARAM sesuatu sumber produk atau makanan. 

Semasa abe is melangkah ke dalam bisnes Shaklee dulu pun,  benda yang utama abe is cek adalah pensijilan halal ni, lepas tu KKM dan mula selidik tentang beberapa kajian yang dibuat oleh Shaklee seperti Landmark study.  Barulah abe is mula yakin dengan Shaklee! 

Oleh sebab itu,  kali ni abe is nak kongsikan pensijilan Halal yang dikeluarkan oleh ISA iaitu satu badan yang telah diiktiraf oleh JAKIM yang berada di US. Sebarang makanan atau produk yang di buat di US akan di semak oleh ISA untuk memastikan ke Halalan sesuatu bahan tersebut. 



Ini adalah sijil terbaru yang dikeluarkan oleh pihak ISA pada tahun 2017. 



Kalau korang kurang yakin boleh juga semak di web rasmi JAKIM. 




Jadi , setakat ini sahajalah perkongsian abe is mengenai pensijilan halal Shaklee. 

Jika korang sangat berminat untuk dapatkan Vitamin Shaklee boleh terus hubungi abe is di sini


Whatsapp/sms/call : 0195583692
Facebook : Mohamad Isa Shafii
Instagram : @abeisshaklee

Abe is akan melakukan COD di sekitar Gua Musang dan akan pos keseluruh Malaysia. 

Comments

  1. Betul2 ..kakcik pon cek dulu halal haram nya sesuatu yang nak digunakan ..tq abe is

    ReplyDelete
  2. Tq for sharing. Tak salah pilih shaklee

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah gunakan tanpa was-was gitu kan. Terima kasih untuk info ini.


    http://mamakhalishshoppe.blogspot.my/2016/11/tips-diet-untuk-kurus-dengan-mudah-dan-cepat.html?m=1

    ReplyDelete
  4. hak kita sebagai pengguna..buat pilihan yg bijak

    ReplyDelete
  5. Penting sangat status halal ni jika nak try sesuatu produk.

    ReplyDelete

  6. alhamdulilah...boleh guna tanpa was2

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Petua Merawat Tibi Dengan Cepat dan Berkesan

6 Jenis Makanan Untuk Mengurangkan Sakit Gastrik

8 Tanda Kencing Manis dan Cara Pencegahan Dengan Berkesan