Shaklee Mempunyai Kelulusan Dari KKM dan Cara Menyemaknya Dengan Betul

Entry semalam abe is ada kongsikan sedikit info tentang pensijilan halal yang telah diiktiraf oleh pihak JAKIM melalui satu bahagian hal ehwal Agama Islam di Amerika Syarikat iaitu ISA ( Islamic Service America) .

ISA telah bertanggungjawab untuk memastikan setiap produk Shaklee tidak mengandungi bahan terlarang dan sentiasa halal untuk pengguna muslim Malaysia dan seluruh dunia. Untuk info lanjut korang boleh klik Sijil Halal Shaklee 2017

Untuk kali ni abe is nak kongsikan pula tentang permasalahan atau kekeliruan segelintir pengguna Shaklee Malaysia yang masih tidak tahu tentang kelulusan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) terhadap produk Shaklee. 




Bahana Produk Beracun Tanpa Kelulusan KKM


Seperti yang kita tahu,  di negara kita amat menitikberatkan juga tentang keselamatan atau kesihatan rakyat dengan cara menjadikan KKM sebagai penentu utama sesuatu produk itu sentiasa selamat digunakan oleh pengguna. 

Sebelum sesuatu produk itu di jual, pihak agensi atau pengeluar hendaklah melalui prosedur yang telah ditetapkan oleh KKM. Selepas menjalani prosedur tersebut baru lah pihak KKM akan memberikan kelulusan atau pelepasan untuk menjualnya. 



Pada zaman sekarang,  ramai pula menjadikan diri mereka sebagai pengeluar dan menjual secara bebas tanpa ada kelulusan dari KKM. Hal ini menjadikan ramai pengguna menjadi mangsa dan mendapat kesan yang sangat teruk pada diri dan kesihatan. Malah ada pula yang mendapat penyakit secara tiba tiba akibat mengamalkan produk yang terlarang. 



Baru baru ini juga telah digemparkan dengan satu produk yang mengandungi bahan terlarang telah di berhentikan serta merta pengeluaran mereka. Tapi malangnya sudah berapa ramai rakyat Malaysia sudah menjadi pengguna dan mangsa. 


Jutaan Dolar Dilaburkan Untuk Kajian


Berbalik pada produk Shaklee. Semenjak dari penubuhan Shaklee lagi, penyelidikan tentang bahan bahan sesuatu produk sangat di teliti dan memastikan bahan mereka berkualiti tinggi dan selamat. 

Berjuta dolar telah dihabiskan semata mata untuk membuat kajian tentang produk ini. Pelbagai kajian telah dilakukan. 

Jadi abe is akan tunjukkan bukti bahawa Shaklee telah mendapatkan kelulusan dari KKM dan dijamin selamat. 


Cara untuk semak kelulusan KKM



1) Boleh teruk klik pada link ini 👉 http://npra.moh.gov.my/

2) Bila sudah masuk pada web tersebut. Korang terus je klik pada " Quest Product Search "

3) Selepas itu terus ke product type. Kat situ ada 2 jenis iaitu samada nak pilih 
          i)  All registered product other than cosmetic ( Produk selain kosmetik seperti produk untuk kesihatan dalaman) 

          ii) Cosmetic product only. ( Produk kosmetik seperti pencuci muka, pelembap atau apa apa untuk kecantikan luaran) 

Bila dah pilih antara dua jenis ni. Boleh terus ke carian dengan menulis no KKM yang terletak pada setiap botol vitamin atau boleh terus type "Shaklee" untuk memudahkan lagi carian korang. 


4) Last sekali akan dipaparkan semua senarai produk yang telah didaftarkan dan diluluskan oleh KKM. 

Semua produk selain kosmetik

Produk kosmetik

Contoh No siri pada botol Vitamin Shaklee



Apa itu Hologram? 


Setiap Botol Vitamin Shaklee mempunyai Hologram. Hologram ini berfungsi untuk memastikan setiap produk yang dikeluarkan oleh Shaklee adalah yang asli. Jika terdapat botol Shaklee yang tidak mempunyai hologram ini, sudah pasti itu adalah yang tiruan. 




Hologram ini boleh di periksa melalui decoder meditag untuk pastikan ia adalah ori atau tiruan. Decoder meditag ini telah dibekalkan pada farmasi yang berlesan atau Cawangan Penguatkuasa Farmasi pada setiap negeri. 

Oleh itu, pengguna boleh menggunakan decoder meditag ini untuk memastikan ketulenan sesuatu produk.

Jadi pengguna sangat dinasihatkan untuk membeli mana mana produk dengan memastikan setiap produk itu mempunyai kelulusan dari KKM sendiri. 

Untuk mendapatkan produk yang tulen tanpa tiruan dan dijamin selamat boleh terus hubungi abe is di sini

Whatsapp/sms/call : 0195583692
Facebook : Mohamad Isa Shafii
Instagram : @abeisshaklee

Abe is akan melakukan COD disekitar Gua Musang dan akan pos keseluruh Kelantan dan Malaysia. 



Comments

Popular posts from this blog

Petua Merawat Tibi Dengan Cepat dan Berkesan

6 Jenis Makanan Untuk Mengurangkan Sakit Gastrik

8 Tanda Kencing Manis dan Cara Pencegahan Dengan Berkesan