Apa itu Vitamin Sintetik dan Kesannya!

Produk kesihatan dan kecantikan di zaman sekarang bagaikan cendawan tumbuh selepas turunnya hujan. Terlalu banyak. Boleh dikatakan setiap bulan akan ada yang keluar di pasaran.

Yang abe is hairan,semuanya nak guna nama sendiri untuk buat produk. Ada duit sikit terus buat produk itu ini. Tapi tak pernah fikir pun tentang kebaikan dan keburukan produk itu.


Sekarang dalam akhbar dan berita selalu memaparkan tentang Produk Beracun yang dikeluarkan dipasaran tanpa kelulusan dari KKM. Tapi masih laku keras siap keluar di radio malah ada juga di rancangan Tv.

Abe is pernah juga belikan wife satu produk yang tengah hot masa ni. Baru je guna 2 3 hari terus keluar paper katanya ada bahan kimia beracun. Terus je buang dalam tong sampah. 

Jadi abe is nak korang tahu apa itu vitamin sintetik ni. 

Apakah Vitamin Sintetik?


Vitamin sintetik atau lebih dikenali dengan vitamin tiruan ia itu vitamin yang sudah pun dicampur dengan bahan kimia. Bukan lagi semulajadi 100%.


Ia dicipta dengan meniru vitamin semulajadi bertindak dalam badan.

Bila bahan ini dicampur dengan kimia,maka akan menghasilkan toksin dan berkumpul di dalam hati

Kebiasaannya vitamin ini tidak dapat digunakan oleh tubuh badan dan hanya menunggu masa untuk dibuang sahaja.

Vitamin sintetik selalunya tidak mengandungi bahan mineral galian penting


Kesan Pengambilan Vitamin Sintetik


Kesan seawal 3 hari! Sangat menakjubkan. Semua orang teruja bila mengamalkan vitamin tiruan ini sebab ia dapat memberi kesan yang terlalu cepat.



Tapi kita tak sedar apa yang akan berlaku seterusnya. Kebiasaannya vitamin sentetik ini susah untuk larut di dalam badan. Ini akan menyebabkan kerosakan pada buah pinggang untuk jangka masa panjang.

Memang pada usia sekarang ia masih lagi tidak memberikan kesan,tapi pada masa akan datang sudah pasti pelbagai penyakit akan menyinggah dan menyebabkan kerosakan pada organ dalaman kita.

Kesimpulannya, tak semestinya produk yang selalu keluar di media massa dapat memberi kesan yang baik. Tapi kita kena lihat bagai mana ia berfungsi dan kena fikir akan kesan jangka masa panjang.

Kenalah sentiasa menjadi pengguna yang lebih bijak. Carilah Vitamin semulajadi yang dijamin selamat dan berkesan!

Comments

Popular posts from this blog

Petua Merawat Tibi Dengan Cepat dan Berkesan

6 Jenis Makanan Untuk Mengurangkan Sakit Gastrik

8 Tanda Kencing Manis dan Cara Pencegahan Dengan Berkesan