Bercinta Dengan Shaklee
Kehidupan yang semakin menghimpit menjadikan kita lebih dewasa. Dewasa bukan hanya sekadar susuk tubuh fizikal yang kita nampak tapi dewasa pada pemikiran yang waras dan kenal apa itu kehidupan.
SHAKLEE memang nama yang begitu asing dalam hidup aku,hanya 1 orang sahaja yang selalu berlegar di news feed FB. Post nya yang terlalu banyak menyebabkan aku bertambah rimas tapi lama kelamaan aku mula tertarik, apakah shaklee sebenarnya? Ahh peduli apa aku,hanya setakat bisnes yang hanya untung runcit beberapa ringgit sahaja pun.
Aku biarkan dia memenuhi laman muka buku ku sebab cerita dia memang menarik dan kadang kala membuatkan aku rasa kagum dan bersemangat dengan seorang wanita yang pandai berdikari sendirian walaupun berjauhan dengan suami dan hanya ditemani anak2 kecil disampingnya. Setiap posting nya aku baca tidak pernah miss walaupun kadangkala terlalu panjang.
Kagum Hebat Luarbiasa,perkataan yang sentiasa ada dalam benak fikiranku tentangnya sampaikan aku jadikan dia Supermom.......Siapa dia?
Aku mula merisik kata bertanyakan khabar berita mengenai Shaklee,cerita tentang shaklee yang hanya aku fikirkan sekadar menjadi seorang dropship awangan sahaja tapi ia amat berbeza. Wah aku mula beriang ria,minat ku mula membuak2. Tanpa banyak cerita aku mula jadikan diriku sebahagian bisnesman kecil2an
Dia,dia dan dialah upline aku yang dulu ku panggil Dr Najihah Abdul Mutalib dan kini menjadi seorang mentor dan Ibu yang kukagumi dari dulu.
Semangat yang sentiasa berkobar2 bagaikan Lee Chong Wei menghadapi Lin Dan,aku meletakkan harapan yang begitu tinggi dalam bisnes ini.
"Nanti ibu masukkan isa dalam group ireach ye,kat sana macam2 boleh belaja tapi nak masuk sana kena tunjukkan high komitmen dulu"
iReach? Mataku mula bersinar, hatiku bagaikan melompat riang. Nak masuk group pun bersyarat. Bukan calang2 group ni. Aku mula membuat posting pertama kenalkan diri sebagai SID, alam facebook bagaikan membisu diam,WHAT THE !!! Semangat yang tak luntur, aku masih gagah menceritakan shaklee. Sebab aku ada cita2 pertamaku iaitu aku nak jadi sebahagian iReach Family terlebih dahulu.
Lama kelamaan barulah aku diserap dan menjadi sebahagian mereka. Wahh kagum giler tengok mereka2 dalam group ni. Dah capai berangka2 bonus setiap bulan.
Timba ilmu sampai ke liang lahad~~
Tak ku sangka dalam bisnes shaklee ni ada macam2 group wasap .. lagi best bila ada group wasap yang sangat osem superb ala2 group pembimbing rakan sebaya sekolah iaitu OMSGroup yang di bimbing sepenuhnya oleh Ummi Mai Md Saupi .Dalam group ni lah saya dibimbing dengan upline saya dan yang lain. Memang support each other,sekali tanya semua nak jawab. Soalan tu laris macam terlajak Laris..hehh!! Sebab semua nak jawab. Kadang2 kami share pelbagai tips dan berkongsi ilmu2 keagamaan,ingat mengingati sesama yang lain.
Baru2 ni lagi lah,boleh plak iReach buat task tsunami 2.0 kan. Task apa nih sampaikan aku rasa berdebar lain macam. Nak buat task pun kena ada group wasap lah plak. Hari2 kena buat task,sape tak buat kena kick. Aku yang fresh ni memang tak nak lepaskan peluang lah,giler apa dah join tsunami 2.0 tetiba kena kick, dilwale betul lah Kak Jah nih! Dalam group macam2 tajuk kena buat,lama2 dah buat task ni. Terjentik dihati macam dilamun cinta plak dengan Shaklee. Banyak betul aku belaja dari task ni. Setiap task yang dibuat membuatkan aku lebih teruja untuk terus belajar dan menimba ilmu.
Sehari dua ni,ada pulak Master Lyna ni nak buat group blog. Hok alohhh.. berdebar2 jantung ni apply tau sambil mengharapkan belas ihsan supaya dapat join. Harap2 dapat lah kan. Plissss Master Lyna deh !😢
Cerita bukan sekadar cerita tapi aku juga ada matlamat dalam bisnes, nak capai apa yang upline dapat. Yes nak berjaya bukan hari ni buat akan terus berjaya. Perlu kesabaran yang tinggi. Buat dan terus buat.
iReach Family merubah kehidupan. Sentiasa mengajak aku ikut terbang bersama mereka. Sentiasa ada memberi peluang kepada yang lain untuk teruskan perjuangan.Aku sedar yang aku hanya si kecil yang baru tapi aku yakin suatu ketika nanti aku juga turut terbang seperti mereka.
Jom sama2 kita usaha !!
Yang Ikhlas,
Mohamad Isa Shafii
SIDPro 1236632
Comments
Post a Comment