Exam SPM Dah Dekat !!

Next week dah nak start exam SPM kan?mesti nervous yang teramatkan

Abang dulu dik,nak makan tak lalu,tidur pun masih berdebar. Rasa macam dunia akan berakhir je..cecece

So dah study ke? Nak cter sikit kisah abang dulu.

Study tu memang dah pulun teruk jugaklah tapi kadang2 masuk keluar macam tu je,sebab abang xdelah pandai sangat pun. Tak macam kawan2 yang lain memang otak genius sangat. Sebelum form 4 abang bukannya kelas pertama pun,kelas ke 5 !! Dah lepas PMR baru lah jump ke kelas pertama. Bila dah jadi macam tu, nak nangis jugak exam dah dekat tapi still rasa lost giler tak tahu apa2 

Hari2 abang bangun Tahajjud,minta pada Allah. Setiap kali tahajjud abang nangis,bukan sebab sakit tapi pikirkan exam dah dekat tapi masih rasa kosong blur sangat. Allahu,abang nangis sampai terduduk merayu pada Allah bagaikan melutut depan Allah. Abang percaya Allah Maha Mendengar. Time tu minta memang bersungguh2,sebab abang anak bongsu dalam family dan ofkos dah jadi harapan keluarga juga. Arwah ayah pun selalu pesan,belajar rajin2 sampai masuk universiti sebab isa dah harapan keluarga..Allahu sebak bila teringat kan

Dalam doa memang mengadu pada Allah pasal harapan arwah ayah ..bercucuran air mata ngan hingus2 sekali keluar.

Solat hajat selepas maghrib memang tak putus,mengaji setiap waktu lepas solat.

Nak kata hebatkan kuasa Allah ni,Dia Maha Mendengar,dah time exam ni ..tengok soalan je terus keluar page2 dalam buku tu..ingat semua latihan time study.

Nak berjaya dik memang bukan senang,tapi bila kita dekat dengan Allah ni,in shaa Allah,Allah akan tolong kita kan. 

Respect guru? Dalam kehidupan sekolah,cikgu2 ni adalah ibu bapa kita dik. Nak dapatkan keberkatan belajar memang kena hormat guru. Alhamdulillah abang dulu pun tak pernah terlibat dengan masalah disiplin ni. Ambiklah restu mereka tau.

Time2 macam ni,doa ibu bapa memang penting. Zaman abang dulu,mak dan arwah ayah memang selalu buat solat hajat. Moga dipermudahkan segala urusan exam kita 😊😊

Dan Alhamdulillah abang diberikan rezeki untuk melanjutkan pelajaran ke UPM hehe

Dan yang sedih bila konvo arwah ayah tak sempat untuk melihat anaknya ke pentas konvo. Sedih yang teramat .

Abang cerita ni bukan nak riak ke apa? Hanya untuk berkongsi cerita kepada adik2 diluar sana yang nak exam tu..study2 juga tapi Allah jangan kita lupa ye 😊

Selamat menghadapi Exam SPM 2016 !! Good luck to u all !! Usaha doa tawakal 😇

Comments

Popular posts from this blog

6 Jenis Makanan Untuk Mengurangkan Sakit Gastrik

8 Tanda Kencing Manis dan Cara Pencegahan Dengan Berkesan

Petua Merawat Tibi Dengan Cepat dan Berkesan