Kanser Pemusnah Kehidupan

Bila sebut kanser ni semua orang dah mula rasa takut sebab memang dah set dalam kepala kanser ni boleh membawa pada kematian. Masih ada peluang hidup lagi ke orang yang kena kanser ni?? Entry seterusnya saya akan ceritakan cara atasi kanser


Terlebih dahulu jom kita kenali apa itu kanser? Kanser bermula dari penyakit yang disebabkan oleh pertumbuhan yang tidak terkawal sel-sel yang tidak normal atau abnormal di dalam badan. Ia berpunca daripada kegagalan sistem imun berfungsi dengan baik. Kanser yang tidak dirawat boleh menyebabkan penyakit serius dan kematian.


Bagaimana Kanser Bermula

Kanser bermula apabila sel-sel di bahagian badan mula tumbuh di luar kawalan. Ia tidak mati, sebaliknya terus berkembang dan membentuk sel yang baru, yang tidak normal. Sel-sel kanser juga boleh menyerang (tumbuh di dalam) tisu-tisu yang lain. Pertumbuhan di luar kawalan dan menyerang tisu-tisu lain adalah apa yang membuatkan sel menjadi sel kanser.

Ini berlaku disebabkan sistem pengawasan imun badan tidak aktif. Sistem pengawasan imun yang aktif akan memilih, mengenalpasti dan memusnahkan agen karsinogenik (agen yang menyebabkan kanser) yang setiap hari memasuki badan kita.

Tapi macam mana dengan sistem imun kita? Sedar tak kita sekarang berada di persekitaran pencemaran udara,racun perosak,bahan tambahan dalam makanan,kekurangan nutrien dan sebagainya. Persekitaran inilah yang menyebabkan sistem imun kita semakin lemah dan boleh membawa kepada kanser


"Untuk membolehkan kanser bermula dan terus berkembang, ia perlu mengalahkan pertahanan sistem imun anda. Sistem imun adalah benteng pertama dan terakhir anda daripada kanser." Dr. John Bailar, M.D., Ph.D., bekas Ketua Editor Jurnal Institut Kanser Negara, Amerika.

Sel Kanser Merebak

Sel kanser sering berjalan ke bahagian-bahagian badan yang lain di mana ia boleh berkembang dan membentuk tumor baru. Ini berlaku apabila sel kanser masuk ke dalam saluran darah atau saluran limfa badan. Proses kanser merebak dikenali sebagai metastasis.

Jenis Kanser

Kanser menyumbangkan satu perempat daripada jumlah kematian di negara maju.

Jenis yang paling biasa adalah kanser prostat, paru-paru dan kanser payudara. Jenis lain adalah kanser hati, kolon atau kolorektal, kanser, pundi kencing, ovari, endometrium, tulang, kanser kulit dan leukemia.

Tumor yang Bukan Kanser

Tumor adalah satu ketulan yang tidak normal atau pengumpulan sel-sel, tetapi tidak semua ketumbuhan adalah kanser. Tumor yang bukan kanser dipanggil benigna. Tumor benigna boleh menyebabkan masalah - ia boleh tumbuh dengan besar dan menekan organ-organ dan tisu-tisu yang sihat. Tetapi ia tidak boleh menyerang tisu-tisu lain. Kerana tidak boleh menyerang, ia juga tidak boleh merebak ke bahagian badan yang lain. Tumor jenis ini jarang mengancam nyawa.

Jadi sahabat pembaca sekalian, mencegah itu lebih baik dari mengubatinya. Jaga lah persekitaran kita sehabis baik untuk mengelakkan berlakunya perkara sebegini.

Comments

  1. Nauzubillah..mmg tk di nafikan kita byk terdedah dgn macam2 penyebab kanser

    ReplyDelete
  2. Moga dijauhkan dari segala penyebab kanser.aminn

    ReplyDelete
  3. Moga dijauhkan dari segala penyebab kanser.aminn

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

6 Jenis Makanan Untuk Mengurangkan Sakit Gastrik

8 Tanda Kencing Manis dan Cara Pencegahan Dengan Berkesan

Petua Merawat Tibi Dengan Cepat dan Berkesan